SEDAR isu artis veteran diberi bayaran tidak setimpal, pelakon Anne Abdullah berharap pihak produksi tidak berat sebelah tentang soal tersebut. Menurut Anne atau Noraini Abdullah, 52, sebaliknya berharap golongan ini diberikan bayaran mengikut pengalaman dan tidak mendiskriminasi hanya kerana usia mereka sudah lanjut. "Industri kita ni banyak diskriminasi, bila artis lama sahaja tak mahu bayar mahal. Anne harap pihak produksi tak berat sebelah soal bayaran pada artis senior. "Tapi artis baru setahun jagung pula boleh bayar mahal dengan pengalaman tak setimpal. "Saya bukan marah artis baru cuma artis senior ini juga perlu dibayar mahal dengan pengalaman mereka," katanya kepada mStar. Berkongsi lanjut, Anne berharap pihak produksi tidak mengabaikan pelakon veteran kerana nama mereka juga pernah berada di puncak kejayaan. Tambah Anne lagi, golongan artis sebelum ini dikenali kerana bakat dan tidak seperti sekarang di mana media sosial menjadi kayu pengukur populariti seseorang. ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Salleh buta selepas saraf dimatikan, Anne Abdullah minta rakan artis datang ziarah - “Dia masih kenal kami yang melawatnya” ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah tegas soal bayaran, tolak undangan kalau tawar harga rendah "Kena buka mata lihat artis veteran ini dan jangan abaikan sebab mereka juga pernah popular. "Malah mereka ini popular dulu sebab bakat dan bukan kerana media sosial seperti sekarang," ujarnya. Sementara itu, mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam industri seni, Anne bersyukur dirinya masih diberikan tawaran kerja. Anne percaya bakat lebih penting daripada populariti. Kata Anne, dia percaya pihak produksi juga memandang bakatnya berbanding menilai daripada segi populariti. "Alhamdulillah setakat ini masih diberikan peluang kerja, masih ada yang percaya pada bakat saya. "Saya percaya pihak produksi ambil bekerja sebab bakat bukan sebab populariti. "Popular itu bagus tapi ia sekadar bonus," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!