Menurut laporan Soompi, Tae Yeon berkata, dia menyedari dibenci oleh peminat-peminat 'boyband' selepas dia duduk bersebelahan dengan beberapa anggota sebuah kumpulan pada satu acara sebelum ini.
"Saya tidak tahu mengapa mereka begitu bencikan saya hanya kerana saya duduk bersebelahan dengan artis kegemaran mereka," katanya.
Malah kata Tae Yeon, ada peminat yang mengecamnya sebagai cuba menggoda artis kegemaran mereka dan perkara itu tidak pernah terjadi.