Pasangan itu juga dikatakan telah bersama selama beberapa bulan.
Dalam pada itu, pihak pengurusan So Young menyangkal dakwaan tersebut namun tidak menafikan kedua-dua mereka mengenali di antara satu sama lain.
"So Young pergi ke Jepun adalah atas urusan penggambaran dan memang benar dia ada bertemu dengan Soo Chang kerana lelaki itu merupakan teman baiknya.
"Mereka bukan pasangan kekasih seperti yang dilaporkan sebelum ini," ujar wakil daripada syarikat pengurusan itu.