suria

Gwyneth Paltrow Tepis Tuduhan Kaki Penipu, Sikap Curang

Gwyneth dikatakan berlaku curang terhadap suaminya sehingga menjadi penyebab kepada perpisahan mereka.
PELAKON Gwyneth Paltrow menafikan khabar angin yang mengatakan dia bersikap curang terhadap suaminya selain mendakwa dia bukan kaki penipu.

Portal Mirror melaporkan, Gwyneth kesal dengan laporan yang mengatakan dia menjalinkan hubungan sulit dengan tiga lelaki berbeza termasuk bekas kekasihnya Donovan Leitch.

"Laporan berkenaan merepek dan saya bukan seorang penipu," katanya.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu, Gwyneth tidak peduli dengan kata-kata orang lain mengenai keputusannya untuk berpisah dengan Chris kerana hanya dia dan suami mengetahui perkara sebenar.

Pasangan ini berjanji akan membesarkan kedua-dua anak mereka secara bersama. 

Pasangan itu yang mempunyai dua cahaya mata iaitu Apple, 9, dan Moses, 7 mengambil keputusan untuk berpisah selepas 10 tahun hidup bersama.

Pengumuman itu dibuat mereka dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke dalam laman web rasmi Gwyneth. 


Gwyneth Paltrow, Chris Martin.

Artikel Lain