PELAKON Jennifer Aniston menyalahkan tunangnya Justin Theroux sebagai punca berat badannya bertambah. Katanya, Justin pandai memasak pasta dengan baik sehingga dia terpaksa melupakan hasrat untuk melakukan diet. "Lelaki ini telah membuat saya menambah berat badan dengan masakannya tetapi itu berbaloi dan sangat sedap," katanya seperti dipetik people.com. Tambah Jennifer, dia terpaksa menggandakan jadual senamannya bagi membakar semula kalori. Katanya, setiap hari dia akan melakukan kardio selama 45 minit dan yoga selama 20 minit.