Portal Soompi melaporkan Rain turut mengadakan persembahan pada malam tersebut dengan menyampaikan dua buah lagu iaitu 30 Sexy dan LA Song daripada album terbaharunya.
Turut hadir pada acara gilang gemilang itu adalah Jay Chou, Jolin Tsai, Lang Lang dan Shila Amzah.
Dalam pada itu, Rain sempat memuat naik gambarnya bersama trofi kemenangannya dalam laman sosial Weibo dan berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.
Kehadiran Rain di Beijing adalah untuk menjayakan sebuah konsert bersempena pelancaran album terbaharunya selepas dua tahun menyepi daripada sebarang aktiviti muzik.