BERITA kehamilan Mila Kunis dan perancangannya untuk berkahwin dengan aktor Ashton Kutcher dilaporkan meninggalkan kesan kepada bekas kekasih wanita itu iaitu Macaulay Culkin. Daily Mail melaporkan, Macaulay, 33, juga mengambil keputusan untuk berkahwin dengan teman wanitanya Jordan Lane Price yang dikatakan mempunyai mirip wajah Mila. "Macaulay yakin bahwa Jordan adalah wanita yang paling tepat untuknya dan mereka saling mencintai," kata salah seorang teman rapat pelakon filem Home Alone itu. Sumber itu turut menambah, walaupun luka Macaulay masih belum sembuh sejak putus cinta dengan Mila pada 2011 namun berita perkahwinan bekas teman wanitanya itu telah menaikkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan dan memilih Jordan sebagai isteri. "Dia akan berkahwin terlebih dahulu sebelum Mila berkahwin," katanya. Bagaimanapun masih belum ada kenyataan rasmi dibuat oleh pihak Macaulay berhubung dakwaan terbaharu itu.