Menurut laporan Huffington Post, album yang diberi judul Xscape itu bakal menampilkan lapan buah lagu baharu lagenda pop itu yang belum pernah dilancarkan sebelum ini.
Presiden Epic Records, L.A Reid dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah memilih beberapa buah lagu daripada Michael yang sudah siap dirakam sebelum ini untuk diterbitkan semula dengan gubahan muzik baharu.
Beberapa komposer dan penerbit terkenal seperti Timbaland, Rodney Jerkins, Stargate dan John McClain dilantik untuk menerbitkan album berkenaan.
Timbaland sebelum ini pernah mendedahkan sudah menyiapkan dua buah lagu baharu Michael berjudul Chicago dan Slave to the Rhythm.