Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Astro, drama bersiri 21 episod itu akan ditayangkan bermula Jumaat (esok) dan Sabtu, pukul 6.30 petang.
My Love From The Star bukan sahaja mendapat rating tertinggi di Korea malah ia merupakan drama nombor satu di Singapura selain beberapa negara lain di Asia Tenggara.
Pelakon Jun Ji Hyun yang terkenal dengan drama My Sassy Girl dan Kim Soo Hyun merupakan watak utama dalam siri drama romantik komedi ini.
Ia mengisahkan mengenai Kim yang memegang watak sebagai Do Min Joon seorang guru yang sebenarnya adalah makhluk asing.
Hidupnya mula didekati oleh Chun Song Yi seorang wanita yang garang, mementingkan diri dan mempunyai pelbagai masalah dalam kerjayanya.
Mereka mula bertemu dengan cara yang teruk tetapi secara perlahan-lahan, Do mula mempunyai perasaan terhadap Chun dan akhirnya jatuh cinta.