Portal DetikHot.com melaporkan, Yuke memberitahu, kedua-dua lagu berkenaan mempunyai persamaan ketara pada bahagian intronya.
"Saya cuba teliti lagu Dark Horse mempunyai persamaan pada bahagian intro dan saya sangat pasti mereka mengambil melodi yang sama untuk lagu nyanyian Katy Perry itu," katanya.
Katy Perry diberi tempoh sebulan untuk memberi penjelasan terhadap dakwaan menciplak lagu tersebut.
Bagaimanapun, Yuke berkata dia tidak pasti sama ada Katy Perry sengaja menciplak karya itu atau ia hanya secara kebetulan.
Pihaknya telah menghantar surat teguran dan meminta penjelasan daripada penyanyi itu dalam tempoh sebulan.
"Kami memberi tempoh satu bulan kepada pihak pengurusan Katy Perry untuk memberi penjelasan dan jika tiada apa-apa tindakan kami akan beri surat teguran kepada pihak pengurusan penyanyi itu di Indonesia," katanya.
"Lagu ini kita akan memberi nafas baru dan akan dinyanyikan semula oleh kumpulan Moza, tapi saya bimbang orang ramai akan mempertikaikan keaslian lagu ini dan mendakwa kami meniru lagu Katy Perry. Sebab itulah kami mahu permasalahan ini selesai dahulu," katanya.