SUAMI kepada penyanyi Shakira dilaporkan tidak senang dengan hubungan baik isterinya dengan juri tetap program The Voice yang juga vokalis kumpulan Maaron 5 iaitu Adam Lavine. Portal Showbizspy melaporkan Gerard Pique cemburu melihat kemesraan yang dipamerkan Adam terhadap isterinya dan menganggap perbuatan lelaki itu sebagai tidak menghormatinya. Adam dan Shakira sama-sama menjadi juri dalam program The Voice. "Adam dilihat sering memegang Shakira dalam program berkenaan dan seolah-olah tidak menghormati perasaannya sebagai suami," kata sumber pasangan itu. Malah kata sumber itu, pasangan berkenaan bergaduh besar gara-gara isu berkenaan. Dalam satu temubual sebelum ini, Shakira mengakui suaminya itu memang seorang yang bersikap protektif terhadapnya selain tidak membenarkan lelaki mengjadi penghias muzik videonya.