Portal Sports Seoul melaporkan pasangan itu telah bercinta sejak beberapa tahun lalu dan pernah menetap bersama-sama di Amerika Syarikat pada 2013.
Sumber terdekat pasangan itu memberitahu, Tiffany dan Nichkhun enggan mendedahkan hubungan berkenaan kerana bimbang kerjaya nyanyian mereka yang sedang meningkat akan terganggu.
"Kedua-dua mereka adalah bintang popular jadi mereka perlu berhati-hati kerana bimbang kerjaya yang baru sahaja meningkat naik ketika itu akan musnah," katanya.
Gosip hubungan mereka rancak diperkatakan apabila pasangan itu beberapa kali dilihat menghabiskan masa bersama-sama dalam suasana romantik biarpun menyedari ia menjadi perhatian umum.
Tiffany dan Nichkhun pernah bernaung di bawah agensi model yang sama iaitu Elite selain bergandingan mengacarakan sebuah konsert K-Pop di Thailand.
Pihak pengurusan kedua-dua selebriti itu turut mengaku pasangan itu sedang bercinta.