Seperti dipetik Femalefirst.co.uk, pelakon berusia 29 tahun ini berkata, dia akan mewarnakan kukunya dengan warna berbeza dalam setiap filem yang dilakonkan.
"Saya akan mewarnakan kuku setiap kali memulakan penggambaran filem. Oleh itu dalam setiap filem, saya akan gunakan warna yang berbeza.
"Kali terakhir saya warnakan kuku saya kepada warna kuning tetapi saya tidak menyukainya dan tidak akan mengulangi untuk memakai warna tersebut," katanya.