suria

Dituduh Curi Jam, Antara Punca Big Sean Putus Tunang

Big Sean membatalkan keputusannya untuk berkahwin dengan Naya Rivera selepas enam bulan bertunang.

PENYANYI Big Sean membuat pengumuman mengejut apabila memberitahu telah memutuskan pertunangannya dengan bintang siri Glee iaitu Naya Rivera.

Daily Mail melaporkan Sean bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenar dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Naya selepas enam bulan bertunang.

Bagaimanapun Naya menerusi Twitter  miliknya pada Rabu lalu menuduh Sean mencuri seutas jam tangan Rolex dari rumahnya namun dia bertindak memadam status berkenaan selepas beberapa jam ia dimuat naik.

Sean bagaimanapun tidak memberi respons terhadap tuduhan tersebut namun pihak pengurusannya menafikan tindakan penyanyi itu meninggalkan Naya kerana dia berlaku curang.

"Keputusan yang dibuat oleh Sean bukan mudah tetapi selepas menimbangkan pelbagai perkara dia mengambil keputusan untuk tidak menghawini Naya," katanya kepada majalah Us Weekly.

Dalam satu laporan lain mendakwa Sean, 26, berlaku curang terhadap Naya, 27, selain menganggap perkahwinan dengan Naya terlalu awal buatnya.

Pasangan itu berkenalan selama enam bulan sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu.

Big Sean, Naya Rivera, Glee.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan