SALAH seorang ahli kumpulan 2ENE iaitu CL baru-baru ini berani mengambil risiko dengan memotong rambutnya sendiri sebelum mengadakan persembahan konsert. Menurut laporan Soompi, CL telah memotong rambut pada bahagian depan dan ternyata dia berjaya mencantikkan lagi penampilan rambut baharunya itu. “Rakan-rakan lain semuanya risau dengan tindakan beraninya itu. Tetapi ia berubah menjadi satu stail yang menarik dan semua memujinya,” kata salah seorang yang terlibat dengan kerja-kerja belakang pentas. CL sering dikenali dengan gaya-gaya aneh namun penampilannya itu ternyata menjadi kegilaan ramai peminat-peminat wanita Korea.