PELAKON Arnold Schwarzenegger mendedahkan dia masih melakukan semua aksi lagak ngeri untuk filem-filem lakonannya. Aktor berusia 66 tahun itu sentiasa menjaga kesihatan agar boleh melakukan aksi-aksi bahaya dan menghabiskan masa dua jam setiap hari untuk bersenam. Bagaimanapun, Arnold berkata, tenaganya masih mampu melakukan aksi tersebut seperti 20 tahun lalu. Namun katanya, dia sering penat dan sukar untuk pulih dengan cepat seperti dahulu. Arnold yang membintangi filem Sabotaj mengakui kesemua aksi lagak ngeri dalam filem itu dilakukannya sendiri.