PASANGAN Angelina Jolie dan Brad Pitt telah menjalinkan hubungan selama sembilan tahun dan mereka tidak pernah menunjukkan tanda-tanda keretakan hubungan. Menurut laporan Showbizspy, bintang filem Tomb Raider itu amat mencintai Brad sehingga tidak mampu melepaskannya. "Angelina sangat setia pada Brad. Dia sudah jatuh cinta sejak pertama kali bertemu dan Brad juga suka cara Angelina mencintainya," kata salah seorang sumber terdekat. Cinta Angelina juga membuatkan Brad akhirnya memutuskan untuk melamar wanita itu. Bagaimanapun, kesibukan kerja membuatkan perancangan mereka untuk berkahwin sering ditangguhkan. "Brad pernah berkata dia melamar Angelina demi anak-anak. Tetapi tidak juga kerana setahun sebelum lamaran adalah masa yang sangat berat untuk Angelina kerana dia bekerja 18 jam sehari selama 10 bulan. "Brad yakin perkahwinan dapat meyakinkan Angelina untuk tidak terlalu sibuk dengan kerja dan hanya memberi fokus kepada keluarga," kata sumber itu lagi.