suria

Gwen Stefani Ganti Christina Aguilera Sebagai Juri 'The Voice'

Gwen bakal menggantikan Christina dalam musim terbaharu program realiti The Voice.
PENYANYI Gwen Stefani dilaporkan bakal menggantikan tempat Christina Aguilera sebagai juri dalam program realiti The Voice musim ketujuh.

Daily Mail melaporkan vokalis utama kumpulan No Doubt itu diintai pihak penerbit rancangan itu selepas Christina mengumumkan dia tidak akan kembali pada musim terbaharu The Voice.

Keputusan itu dibuat Christina selepas dia mengesahkan sedang hamil anak keduanya.

"Pihak NBC mahu Christina kekal sebagai juri biarpun dia sedang mengandung tetapi penyanyi itu mahu menumpukan perhatian kepada kandungannya dan ingin berehat," kata sumber.

Gwen dijangka memulakan tugasnya sebagai juri musim ketujuh yang akan bermula pada Jun depan.

Dalam pada itu, Gwen dikhabarkan masih meneliti kontrak yang diberikan kepadanya sebelum membuat keputusan muktamad menyertai The Voice.

Artikel Lain