Portal Soompi melaporkan, BoA turut membatalkan kemunculannya pada majlis tayangan perdana filem Make Your Move yang dibintanginya termasuklah temubual bersama pihak media.
"Bukan sahaja kemunculan dan temubual bersama BoA dibatalkan malah tayangan perdana filem tersebut turut ditangguh bagi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kejadian menyayat hati itu," kata jurucakap mewakili penyanyi itu.
Dalam kejadian menyayat itu, feri yang membawa 462 penumpang karam dan setakat ini menunjukkan enam orang terbunuh manakala 55 yang lain mengalami kecederaan.
Bagaimanapun 179 mangsa terselamat dan pihak berkuasa masih mencari 270 penumpang yang masih hilang.
Selain BoA, banyak lagi selebriti di Korea Selatan turut membatalkan aktiviti seni mereka.