suria

Kim Hyun Joong Rahsiakan Hubungan Cinta

Kim Hyun Joong tidak suka berkongsi kisah cinta kepada umum.

SELEPAS berakhirnya drama Inspiring Generation, bintang siri itu, Kim Hyun Joong mula berbicara mengenai hal peribadinya termasuklah perancangan dia untuk berkahwin.

Menurut laporan portal Soompi, Kim Hyun Joong mengakui dia pernah mempunyai kekasih dan telah menjalinkan hubungan cinta dalam diam tahun lalu namun ia   udahpun berakhir.

Beritahu aktor itu, dia sebenarnya lebih senang untuk merahsiakan perhubungan cintanya sehinggalah dia dan pasangan benar-benar merancang untuk berkahwin.

“Apabila sesebuah hubungan cinta itu berakhir, yang selalu mendapat nama buruk adalah wanita.

“Sebab itu saya mahu menjaga perhubungan saya dengan kekasih tanpa didedahkan kepada khalayak dan akan mengumumkan kepada semua jika saya mahu berkahwin.  Ini adalah cara ku menghormati peribadi sendiri,” katanya.

Kim Hyun Joong

Artikel Lain