SELAMA 12 tahun menjalinkan hubungan cinta, pastinya banyak perkara yang dilalui Enrique Iglesias dan Anna Kournikova. Bagaimanapun, menurut Dailymail, perkara penting yang sepatutnya dilakukan mereka iaitu memohon restu daripada keluarga rupa-rupanya masih belum dibuat oleh pasangan itu. Enrique sehingga kini masih belum memperkenalkan Anna kepada bapanya, Julio Iglesias, sedangkan mereka sudah bertahun-tahun tinggal bersama. “Pada 14 hingga 15 tahun terakhir dalam hidup, masa itu banyak dihabiskan dengan kerja. Saya tiada alasan kenapa tidak membawa Anna berjumpa dengan keluarga. Bukan salah dia dan juga bukan salah saya,” jelasnya. Terdahulu, Julio pernah mendedahkan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Anna. Namun isteri dan anak-anaknya yang lain pernah berjumpa dengan bekas pemain tenis itu.