PELAKON dan anggota kumpulan 2PM iaitu Wooyoung mengakui agak sukar membezakan kehidupan realiti atau lakonan setiap kali selesai penggambaran. Penyanyi lagu Again And Again ini berkata, dia akan berada dalam keadaan keliru dalam tempoh masa yang agak lama selepas selesai penggambaran. "Separuh diri saya akan berasa bingung dan keliru dengan kehidupan sebenar atau masih lagi dalam lakonan," katanya ketika ditemuramah oleh majalah High Cut. Katanya lagi, dia selalu membawa watak tersebut keluar daripada lokasi penggambaran dan memikirkan watak itu sehingga pulang ke rumah. "Kalau saya bawa watak suami orang, saya akan memikirkan orang tersebut sampailah ketika berada di rumah," katanya. Wooyoung digandingkan dengan aktres Park Se Young di Variety Show MBC We Got Married.