suria

Kate Moss Mahu Adik Berhenti Sekolah

Kate (kanan) mahu Leggie (kiri) memberi fokus kepada dunia peragaan dan mengajak adiknya itu ke New York untuk ke salah sebuah agensi peragaan.

SAAT semua orang berlumba-lumba mengejar ilmu pendidikan, lain pula buat Kate Moss apabila dia menyuruh adik tirinya, Leggy Lottie untuk berhenti daripada menjadi pelajar sekolah pada Jun depan.

Menurut laporan Dailymail, model berusia 40 tahun itu mahu Leggie memberi fokus kepada dunia peragaan dan mengajak adiknya itu ke New York untuk menyertai sebuah agensi peragaan.

Bagaimanapun, ibu Kate menentang pendapat Kate yang teruja mahu Leggie yang baru berusia 15 tahun ke dunia peragaan dan menyifatkan ia sebagai satu idea gila.

"Ibunya lebih suka Leggie memberi fokus terhadap bidang akademik memandangkan Kate sudah pun terlibat di bidang peragaan.

"Tetapi melihat susuk tubuh Leggie, kate berpendapat wanita itu mampu pergi jauh sebagai model yang berjaya," kata sumber.

Kate Moss, Leggie Lottie

Artikel Lain