suria

Pamela Anderson Tidak Percaya Sesiapa Selepas Dirogol

Pamela Anderson

ARTIS seksi Pamela Anderson baru sahaja menubuhkan sebuah badan kebajikan yang dikenali sebagai The Pamela Anderson Foundation di Cannes, Perancis baru-baru ini.

Menurut laporan portal Digital Spy, seramai 200 tetamu hadir pada acara perasmian badan kebajikan yang mengangkat hak-hak kemanusiaan, alam dan haiwan itu.

Pada acara itu, bintang siri Baywatch itu turut berkongsi pengalaman pahitnya ketika di zaman kanak-kanak.

"Sekarang ini, tibalah masanya untuk saya berkongsi cerita sedih yang membelenggu diri saya sejak di zaman kanak-kanak lagi.

"Ketika usia 12 tahun, saya pernah ke rumah kekasih pengasuh dan lelaki itu telah mengajak saya bermain permainan video dan tanpa disedari saya diraba.

“Tidak lama kemudian saya diperkosa pula. Dan lelaki itu berusia 25 tahun," katanya.

Tambah Pamela, sejak itu, dia cukup berhati-hati dalam berkawan kerana tidak mempercayai sesiapa pun yang berada di sekelilingnya.

“Dalam keadaannya yang tertekan, dia juga mempunyai seorang ayah  pemabuk dan ia terus membuatkan dirinya berfikir bahawa kehidupannya tidak memberi apa-apa makna lagi.

"Kerana itu, saya mengalih pandangan saya untuk mencintai alam dan haiwan. Ia seperti memberi kepercayaan pada diri bahawa ia akan melindungi saya," ujarnya.

 


Pamela Anderson

Artikel Lain