Portal Soompi melaporkan, Kris bagaimanapun meninggalkan status khas di laman sosial Instagram miliknya meminta agar peminat tidak bimbang tentang keadaannya buat masa ini.
"Saya kini dalam keadaan baik dan terima kasih kerana masih setia menyokong kerjaya saya. Semuanya akan menjadi lebih baik selepas ini," katanya.
Menerusi status berkenaan juga, Kris menjelaskan dia kini tidak berdaya untuk menghadapi permasalahan yang disifatkan sebagai 'kuasa besar' dan berharap peminat terus bersabar.
EXO baharu sahaja kembali dengan album terbaharu mereka berjudul Overdose dan baharu sahaja mengadakan konsert di Shanghai, China yang dihadiri oleh 10 ribu peminat.