PELAKON Melanie Griffith pada Jumaat memfailkan perceraian di Mahkamah Tinggi Los Angeles terhadap suaminya pelakon Sepanyol Antonio Banderas selepas 18 tahun berkahwin. Griffith, 56, dan Banderas, 53, berkahwin pada tahun 1996 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 17 tahun, Stella Banderas. "Kami telah teliti dan memutuskan untuk menamatkan perkahwinan hampir 20 tahun kami dengan cara baik dan menghormati hubungan yang kami bina selama ini," kata Griffith dan Banderas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. Griffith meminta hak penjagaan terhadap anak mereka Stella yang akan berusia 18 tahun pada September depan. manakala, bekas suaminya diberikan hak untuk lawatan. Ini merupakan perkahwinan keempat untuk Griffith dan yang kedua buat Banderas. Griffith sebelum ini berkahwin dengan pelakon Don Johnson dua kali dan juga Steven Bauer. Banderas pernah berkahwin dengan pelakon Sepanyol Ana Leza. - Reuters