suria

Jennifer Lopez Tarik Diri Sertai Pembukaan Piala Dunia

Jennifer Lopez

PENYANYI Jennifer Lopez atau Jlo membatalkan hasratnya untuk membuat persembahan pada pembukaan rasmi acara Piala Dunia pada Khamis ini di Brazil.

Persekutuan Badan Induk Bola Sepak Dunia (FIFA)  turut mengumumkan penyanyi itu tidak akan membuat persembahan atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan berhubung isu dengan pihak produksi.

Wakil kepada penyanyi itu turut melahirkan rasa kesal kerana Jlo tidak akan menyertai pembukaan sebuah acara besar yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan artis.

Pada minggu lalu Jlo telah menyatakan perasaan terujanya untuk membuat persembahan pada acara berkenaan.

Katanya, ia sebuah persembahan yang benar-benar menakjubkan kerana dapat menonjolkan perpaduan global, pertaruhan dan juga sukan.

“Kita adalah ‘satu dalam dunia’  terutamanya di sebuah negara seperti Brazilyang mempunyai banyak keseronokan.

“Lebih daripada itu, ia akan menunjukkan kepada dunia muzik adalah universal,” katanya.

Sayang sekali selepas membuat kenyataan itu, Jlo terpaksa membatalkan hasratnya pada saat-saat akhir.


Jennifer Lopez

Artikel Lain