NAMPAKNYA lagi Rihanna membuktikan dia adalah diva kelas atas apabila penyanyi itu menyewa sebuah kediaman mewah di kawasan Hollywood Hills. Menurut laporan portal Dailymail, penyanyi lagu Rude Boy itu menghabiskan RM22 Juta bagi menyewa sebuah kediaman sebesar 10,000 kaki dengan rekaan dalaman khas yang cukup mewah. Salah satu bahagian kediaman mewah yang disewa Rihanna. "Kediaman itu turut dilengkapi tujuh bilik tidur berukuran besa selain bilik mandi dan dapur. "Ia juga turut dilengkapi taman yang indah, lengkap dengan kolam ikan koi. Suasanan kediaman itu cukup nyaman dan kerana itu mungkin membuatkan Rihanna sanggu berhabis duit," kata sumber.