SEPERTI semua sedia maklum, kebanyakan bintang Hollywood mempunyai pembiayaan hidup yang cukup tinggi atas tuntutan kerja selain menjalani aktiviti harian yang mewah. Bagaimanapun tidak pula buat aktres Keira Knightley, dia memberitahu kepada majalah Glamour bahawa perbelanjaan hariannya kira-kira RM160,000 untuk setahun. Jika dibandingkan dengan bintang Hollywood lain, ternyata nilai itu terlalu sedikit apatah lagi sebagai selebriti, Keira harus mempunyai bajet khusus untuk melakukan rawatan kecantikan, pakaian pelbagai acara, aksesori serta anggaran lain yang perlu difikirkan seperti tempat tinggal dan pembayaran kereta. "Ya, tidak banyak wang saya gunakan untuk diri sendiri. Bagi saya, dengan mempunyai gaya hidup mewah membuatkan kita tidak boleh bergaul dengan golongan yang hidup sederhana. "Memang banyak perkara yang saya perlu laburkan seperti gaji pengawal peribadi, pembantu rumah serta keperluan saya sebagai selebriti, tetapi saya percaya sekiranya dapat menguruskan wang dengan baik, kita mampu berjimat beberapa kali ganda wang," katanya.