Sumber itu berkata, kedua-dua mereka bertemu di sebuah pesta bagi meraikan kejayaan filem The Rover dan ketika itu jugalah Robert cuba mendekati penyanyi itu.
"Mereka seperti saling mengoda dan bermain-main mata dan ketika Robert bersama seorang rakan dia memberitahu bahawa dia tertarik dengan penyanyi wanita itu," katanya.
Sejak majlis itu, pasangan ini sering kelihatan bersama dan menyokong antara satu sama lain.