suria

Ji Sung Mahu Segera Timang Anak

Lee Bo Young dan Ji Sung tidak Sabar mahu timang anak
SETELAH berkahwin dengan Lee Bo Young, nampaknya aktor Korea Selatan, Ji Sung tidak sabar mahu bergelar ayah.

menerusi sebuah program bual bicara, Ji Sung berkata, dia dan isterinya sedang merancang untuk mempunyai anak dengan segera.

"Saya tidak sabar mahu anak. Pasti seronok apabila ada kanak-kanak kecil di rumah kami," katanya.

Pasangan itu telah berkahwin pada 27 September 2013 di di Aston House, W Seoul Walkerhill Hotel.

Dalam pada itu, aktor yang bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Good Friends berkata, sejak berkahwin, dia sudah mengubah fokusnya di mana keluarga akan menjadi keutamaannya dan karier lakonan akan menjadi tempat kedua.

Terdahulu, karier Ji Sung bertambah sukses apabila drama lakonannya, Secret Love yang disiarkan di KBS menjadi fenomena.

Ji Sung

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan