Portal Daily Mail melaporkan, Miranda sebenarnya tidak tahan dengan sikap Orlando yang gemar berpesta dan sentiasa tidak berada dirumah bersamanya kerana lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakannya.
Miranda dikatakan bertambah geram apabila perkara itu berlanjutan hampir setiap hari sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak mereka.
Sebelum ini pelbagai spekulasi dan laporan dibuat tentang perpisahan pasangan itu namun mereka memberitahu tiada persefahaman menjadi punca utama.