suria

Niall 'One Direction' Dilempar Kasut Ketika Persembahan

AHLI kumpulan One Direction, Niall Horan terpaksa berjalan pincang selepas membuat persembahan di Amsterdam minggu lalu.

Penyanyi berusia 20 tahun itu telah dilemparkan sepatu tepat ke lututnya ketika sedang menyanyi.

Lebih parah lagi, lutut penyanyi itu baharu sahaja menjalani pembedahan lima bulan lalu.

Niall dilihat berjalan pincang memasuki belakang panggung seperti yang kelihatan di dalam video-video yang tersebat di laman sosial YouTube.

Selepas insiden tersebut, Niall menulis tentang rasa kesal terhadap peminat-peminatnya di Twitter.

"Bolehkan kamu semua tidak melemparkan sebarang benda di atas pentas, kerana sesuatu objek terkana lututku ketika persembahan tadi. Ia sangat sakit," tulisnya di akaun twitter @Nialloffical.

"Bukan ingin mengeluh, sebaliknya lutut ini baru sahaja menjalani pembedahan lima bulan lalu dan saya takut sakitnya kembali semula," tambahnya.
One Direction, Niall Horan, Amsterdam

Artikel Lain