Menurut laporan Soompi, pihak penerbit drama bersiri tersebut dan penulisnya, Lee Jong Suk telah memberikan kebenaran kepada sebuah produksi di China yang berminat untuk mengangkat karya itu sebagai sebuah filem.
Bagaimanapun beberapa siri perbincangan perlu dilakukan sebelum keputusan muktamad dibuat.
"Doctor Stranger akan dihasilkan dalam versi filem di China namun perbincangan lanjut akan dilakukan selepas drama bersiri itu selesai ditayangkan," kata wakil pihak penerbit.
"Itu antara isu yang menjadi perhatian kami dan ia sedang dalam perbincangan," katanya.