Menurut laporan Huffington Post, perkara itu dimaklumkan menerusi blog milik Jewel, 40, yang dimuat naik pada Rabu lalu dan berita itu benar-benar mengejutkan ramai pihak.
"Saya dan suami sudah bersama selama 16 tahun tetapi kami memutuskan mahu bercerai.
"Kami selalu cuba memperbaiki rumah tangga kami tetapi gagal. Demi menjaga perhubungan bersama, lebih baik kami berpisah.
Pasangan ini telah berkahwin di Bahamas pada tahun 2008 selepas menjalinkan hubungan cinta selama 10 tahun.