PELAKON Dakota Fanning yakin kehidupan peribadinya tidak akan terganggu biarpun dia terlibat dalam dunia glamour di Hollywood.
"Saya tidak akan mendedahkan kehidupan peribadi kepada umum dan ia sebenarnya tidak sukar dilakukan dan harus berpegang dengan prinsip tersebut.
"Malah saya tidak melihat kerjaya saya sebagai pelakon menjadi masalah kerana apa yang paling penting kita perlu bijak menguruskan hal tersebut," katanya kepada Daily Mail.
Bintang filem I Am Sam ini mula terlibat dalam bidang lakonan sejak berusia empat tahun dan bakal tampil dengan karya terbaharunya, The Last of Robin Hood pada 29 Julai ini.