WALAUPUN baru saja memfailkan perceraian pada Jun lalu, Pamela Anderson dan Rick Solomon dilihat kembali mesra seolah-olah tiada apa yang telah berlaku. Menurut laporan Dailymail, pasangan itu dilihat bersama di kepulauan Malibu pada Rabu lalu malah mereka turut berciuman di pantai Surfrider. "Kedua-dua mereka masih memakai cincin perkahwinan dan sekali-sekala mereka menunjukkan kemesraan berpelukan dan kemudian berciuman. "Mereka seolah-olah sudah kembali bersama," kata sumber. Pamela dilaporkan nekad memfailkan cerai dengan Rick pada 3 Julai lalu selepas enam bulan berkahwin. Terdahulu, pasangan tersebut pernah berkahwin buat kali pertama pada tahun 2007 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua bulan.