suria

Anggota Super Junior Tahu Bom (2NEI) Ambil Ubat Terlarang

AHLI kumpulan Super Junior, Heechul mendedahkan bahawa dia sudah mengetahui mengenai kes ubat-ubatan terlarang yang diambil oleh Bom daripada kumpulan 2NEI sebelum perkara tersebut tersebar di semua media.
Penyanyi lagu Bonamana itu memberitahu dia mengetahui berita itu daripada teman wartawan yang rapat dengannya pada empat tahun lalu.

"Saya sudah tahu tentang berita itu empat tahun lalu ketika minum-minum dengan rakan wartawan di sebuah bar.

"Mereka kata berita itu pasti bakal mengugat kerjaya Bom dan syarikat pengurusannya," ujar Heechul.

Heechul berkata, dia pada awalnya tidak ambil peduli tentang berita tersebut dan menganggap ia hanya sekadar khabar angin semata-mata.

"Tetapi sekarang apa yang mereka beritahu itu betul," katanya.

Park Bom dituduh menyeludup ubat-ubatan terlarang dari Amerika Syarikat dan mendakwa ubat tersebut adalah bagi merawat trauma psikologi yang dialaminya.
Heecul, suju, Park Bom, 2NEI

Artikel Lain