suria

Ahn Jae Hyun Nyaris Buta

Ahn Jae Hyun hampir buta akibat kerosakan retina kedua-dua belah matanya.

PELAKON Ahn Jae Hyun mendedahkan dia nyaris kehilangan deria penglihatannya ketika berusia 16 tahun akibat kerosakan pada retina kedua-dua belah matanya.

Laman Soompi melaporkan ketika dia menderita penyakit berkenaan dia tidak boleh melihat pada cahaya terang dan perlu memakai kaca mata gelap bagi melindungi matanya.

Jae Hyun memberitahu dia bernasib baik kerana melakukan pembedahan segera terhadap kerosakan pada retina matanya kerana jika dibiarkan ia mampu menyebabkan dia menjadi buta.

"Itu adalah saat yang paling mengecewakan dalam hidup saya apabila mengetahui saya akan buta sekiranya tidak melakukan pembedahan.

"Syukur saya menjalani pembedahan itu biarpun masih merasai kesannya sehingga ke hari ini," katanya.

Jelas Jae Hyun, dia perlu menjalani rawatan susulan bagi memastikan retinanya berada dalam keadaan baik dan tidak tertekan kerana terkena terlalu banyak cahaya.

Ahn Jae Hyun, K-Pop.

Artikel Lain