Seperti dilaporkan oleh E!Online, pelakon watak Harry Osborn dalam filem Spiderman ini memuat naik gambar bersama penyanyi wanita tersebut di laman Twitter.
Pelakon lelaki tersebut turut menulis bahawa dirinya sudah berkahwin dengan penyanyi lagu Born to Die itu.
"Oh kami sudah bernikah," ujarnya pada kapsyen gambar tersebut.
Foto tersebut sebenarnya diambil ketika Lana Del Rey menghadiri pratonton filem terbaharu James berjudul Child Of God pada 30 Julai lalu.