suria

Pelantikan Jun Ji Hyun Sebagai Duta Pelancongan Korea Dibantah

BARU-BARU ini, aktres Jun Ji Hyun diumumkan sebagai duta Pelancongan Korea.

Bagaimanapun, menurut laporan Allkpop, pelayar-pelayar internet (netizen) tidak setuju dengan pemilihan tersebeut kerana menganggap aktres itu tidak layak.

Mereka menyifatkan kontroversi iklan yang dilakonkan oleh Ji Hyun dan Kim Soo Hyun berkaitan air minuman produk China membuatkan aktres itu tidak layak mewakili negara Korea.

Korea Tour Organization (KTO) sepatutnya  membuat pengumuman rasmi bahawa Ji Hyun telah mengikat kontrak sebagai duta pelancongan Korea sejak Februari lalu.

Namun kerana insiden kapal Feri Sewol tenggelam pada ketika itu, membuatkan mereka menangguhkan pengumuman tersebut kepada April 2014.

Sementara itu, sehingga kini pihak KTO mahupun Jun Ji Hyun tidak memberi sebarang penjelasan.

Jun Ji Hyun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan