suria

Hubungan Jay Z & Beyonce Kian Parah

PENYANYI Jay Z dan Beyonce sehingga kini masih belum membuka mulut tentang isu keretakan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun hubungan pasangan yang baharu sahaja selesai melakukan konsert jelajah berjudul On The Run itu dikhabarkan semakin parah.

Hal itu diberitahu sendiri oleh sumber terdekat bahawa kedua-dua mereka telah berbincang soal perceraian.

Namun Jay Z masih memberi keyakinan kepada Beyonce untuk mempertahankan rumah tangga mereka.

"Sudah ada perbincangan tentang perceraian dan perkara tersebut membuatkan hubungan mereka tegang ketika konsert itu berlangsung.

"Beyonce masih lagi memikirkan dan meminta pendapat daripada ibu dan adiknya untuk membuat keputusan tersebut.," ujar sumber.

Pasangan penyanyi ini baharu sahaja selesai konsert jelajah On The Run pada 6 Ogos lalu di San Fransisco, California, Amerika Syarikat.

"Ketika konsert berlangsung mereka sangat profesional dan semuanya berjalan kerana bisnes," ujarnya.

Keretakan rumah tangga pasangan ini dikhabarkan berpunca daripada insiden pergaduhan penyanyi rap itu dengan adik Beyonce iaitu Solange Knowles dalam sebuah lif.
Beyonce, Jay Z

Artikel Lain