Menurut laporan E! Online, pasangan itu kini masih lagi dalam proses penceraian di mahkamah.
"Perceraian mereka bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana keretakan rumah tangga mereka sudah dapat dihidu pada beberapa tahun lalu," kata sumber.
Bagaimanapun sehingga kini kedua-dua selebriti itu tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi. Terdahulu, David dan Tea memutuskan berpisah pada tahun 2008 ketika David sedang menjalani pemulihan ketagihan seks.
Pasangan itu berkahwin pada tahun 1997 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Kyd Miller, 12 dan Madelaine West, 15.