Allkpop melaporkan Taemin mahu meninggalkan imej lelaki comel dibawanya ketika bersama kumpulan tersebut yang dianggap tidak sesuai dengan penampilannya sebagai penyanyi solo.
"Selama ini dia dikenali dengan imej tersebut dan mahu melakukan transformasi supaya dapat memberikan kelainan kepada peminat.
"Ia juga menandakan perubahan besar dalam kariernya dan dia ingin tampil lebih maskulin dan seksi selepas ini," kata wakil syarikat pengurusannya SM Entertainment.