suria

Jennifer Aniston Jauhi Pembedahan Kosmetik

Pada usia 45 tahun, Jennifer masih kelihatan cantik.
PELAKON terkenal Jennifer Aniston menegaskan tidak akan mendekati pembedahan plastik hanya untuk kelihatan muda demi bersaing dengan wajah baharu di Hollywood.

Daily Mail melaporkan Jennifer, 45, memberitahu dia masih belum terfikir untuk mengubah wajah asalnya dan mahu mengalami proses penuaan secara semula jadi.

"Pembedahan plastik? Oh, saya tidak akan melakukannya dan biarlah proses penuaan itu berlaku secara semulajadi," katanya.

Dalam pada itu, Jennifer berkata, antara sebab dia tidak mahu melakukan kaedah itu kerana mengambil pengajaran terhadap beberapa artis terdahulu yang taksub dengan cara tersebut sehingga memusnahkan karier mereka.

"Hollywood meninggalkan banyak pengajaran kepada saya dan pembedahan plastik adalah salah satu daripadanya," katanya.

Jennifer Aniston, Hollywood.

Artikel Lain