POPULARITI kumpulan Girls Generation ternyata luar biasa. Mereka bukan hanya popular di kalangan masyarakat Korea tetapi seluruh dunia. Ini terbukti apabila klip video lagu Twinkle yang sudah lama dilancarkan iaitu pada April 2012 telah berjaya mendapat jumlah tontonan tinggi di YouTube sehingga mencecah lebih 50 juta penonton. Menurut laporan Allkpop, kumpulan di bawah agensi SM Entertainment itu masih mampu memikat peminat-peminat mereka bukan sahaja menerusi lagu baharu tetapi juga lagu-lagu lama. "Dari awal kemunculan mereka sehinggalah sekarang, lagu-lagu yang dibawakan mereka tidak pernah menghampakan peminat. Ini kerana pihak pengurusannya membuat pemilihan lagu yang cukup teliti sebelum merakamkan sesebuah karya itu. "Sekiranya Girls Generation mampu mengekalkan kualiti muzik seperti sekarang, mereka mungkin akan menjadi lagenda," kata salah seorang penganalisi muzik Korea.