Portal Daily Mail melaporkan mendiang yang berusia 63, turut menolak untuk menjamah sebarang makanan yang diberikan kepadanya kecuali dalam keadaan tertentu sahaja.
Sehingga ke akhir hayatnya, Williams dipercayai menghabiskan masa dengan mengurung dirinya di dalam bilik gelap sehingga menghembuskan nafas terakhir.
"Robin mengalami tekanan yang teruk dan menghabiskan waktunya dengan tidur malah biliknya juga dipasang dengan tirai berwarna hitam kerana dia enggan cahaya matahari memasuki ke dalam biliknya," kata sumber terdekat pelakon itu.
Menjadi salah seorang penghibur paling dicintai di AS ketika generasinya, Williams sangat terkenal menerusi filem seperti Mrs. Doubtfire dan Jumanji.