Kumpulan itu telah memberi gambaran tentang album terbaharu yang bakal muncul kepada peminat-peminat melalui laman sosial mereka.
"Saya fikir album ini akan lebih sempurna dan lebih baik daripada album sebelum ini.
"Kami akan menampilkan lagu-lagu yang bagus dan menyenangkan, hampir kesemua lagu kami dicipta sendiri," ujar salah seorang ahlinya, Niall Horan.
Kumpulan yang popular dengan lagu Story Of My Life itu memberitahu masih aktif dengan konsert jelajah mereka.