KUMPULAN K-pop iaitu Teen Pop menjadi artis pertama dari Korea Selatan yang akan mengadakan konsert di Panama bersempena konsert jelajah dunia yang sedang berlangsung sejak Julai lalu. Laman Allkpop melaporkan Teen Pop mengadakan konsert berkenaan pada 16 Ogos lalu di Stadium Roberto Duran sebelum meneruskan jelajah ke beberapa buah lagi negara Amerika Latin seperti Mexico dan Columbia. Malah duta besar Korea Selatan di Panama turut menghantar mesej tahniah kepada kumpulan berkenaan atas kejayaan mereka mengadakan persembahan di negara tersebut. Teen Pop yang dianggotai oleh enam anak muda itu turut menyampaikan sebuah lagu asal nyanyian King Africa berjudul La Bomba sebagai penghargaan kepada peminat mereka di Panama. Selain itu, lagu popular mereka seperti Rocking, Don't Put On Perfume, To You dan Crazy turut disampaikan pada konsert hampir dua jam itu.