Menurut laporan Soompi, sehingga kini hanya 10 filem sahaja yang berjaya menembus box office seperti The Thieves yang meraih sebanyak ASS$91 juta (RM288 juta) dan Miracle In Cell No.7 dengan kutipan AS$89.44 juta (RM283 juta).
Roaring Currents mengisahkan tentang perang Imjin antara Dinasti Joseon dan Jepun dimana tentera Jepun telah mengepung ibu kota Joseon.
"Filem ini berkaitan dengan isu-isu sejarah negara dan ia semestinya mendapat perhatian daripada masyarakat Korea. Mungkin kerana itu, ia berjaya mencapai kutipan yang sangat tinggi," kata salah seorang penonton yang menyaksikan filem berkenaan.